Apabila menyebut tentang perniagaan internet ramai yang memandang negatif kepada perkataan tersebut. Ramai orang tersilap tentang istilah perniagaan internet. Perniagaan internet sama seperti perniagaan yang dijalankan di alam nyata cuma bezanya perniagaan internet dilakukan secara online.
Anggapan buruk terhadap perniagaan internet ini adalah berikutan dari program haram yang dijalankan secara haram. Terdapat perbezaan antara perniagaan internet dan juga progam internet. Contoh perniagaan internet ialah menjual produk di internet seperti di laman web lelong.com.my. Manakala program internet adalah seperti swisscash dan juga pelaburan internet yang lain yang tidak mendapat lesen dari pihak kerajaan.
Produk yang terdapat dalam perniagaan internet ini bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1. produk maya seperti ebook, software, video dan juga audio.
2. Produk fizikal seperti baju, beg, buku dan sebagainya.
3. Perkhidmatan internet seperti membina laman web, email, dan yang berkaitan.
Walaupun begitu terdapat juga program internet yang tidak menyalahi undang-undang seperti:
1. Program reseller : pembeli membeli produk dan mendapat komisen sekiranya berjaya mendapatkan pelanggan untuk produk tersebut.
2. Program affiliate : program ini memberikan komisen kepada peserta affiliate sekiranya berjaya menjual produk.
Banyak lagi program internet yang tidak menyalahi peraturan. Cuma sesetengah program yang berbentuk skim cepat kaya yang tidak di iktiraf oleh kerajaan yang membuatkan nama perniagaan internet mendapat tempias yang tidak baik.
Oleh itu sebelum kita menyertai sesebuah program internet kita hendaklah menyelidik latar belakang program tersebut agar tidak tertipu oleh program seperti itu.