Thursday, December 10, 2009
Apa itu newbie??
Newbie?? Mungkin ramai yang beranggapan newbie didalam perniagaan internet ini ialah orang yang baru didalam perniagaan internet. Saya pun beranggapan sedemikian. Tapi x bermakna si "newbie" ini tak tahu tentang asas perniagaan internet. Seperti yang kita maklum, perniagaan internet bermula dengan pengetahuan teknikal mengenai web jualan. Ramai di luar sana hebat di dalam pembinaan website. Cuma mereka tidak terdedah kepada cara untuk memulakan perniagaan di internet. Saya sebelum ini juga begitu. Saya tidaklah hebat di dalam hal teknikal seperti pembuatan laman web dan sebagainya. Tapi saya tahu bagaimana untuk membina laman web sendiri. Setelah sedar akan kelebihan perniagaan internet barulah saya tahu bahawa perniagaan internet ini terlalu luas pasarannya dan keuntungan dari perniagaan internet ini sama seperti perniagaan yang dilakukan secara offline. Bezanya perniagaan internet boleh di lakukan tanpa memerlukan modal yang besar sekiranya kita tahu bagaimana caranya. Kepada newbie, buang perkataan newbie dari kepala anda kerana perkataan newbie itu akan mengganggu proses kita unutk memulakan perniagaan internet. Saya sekarang dalam proses menyiapkan ebook percuma kepada newbie. Ebook ini menceritakan tentang bagaimana cara yang termudah untuk menjana pendapatan melalui internet dengan mudah. Jangan lupa dapatkan ebook tersebut bila telah siap. :)
Saturday, November 28, 2009
About Me
Saya Khairul Amir Bin Pajar Ali, berumur 25 tahun dan berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat. Saya banyak membaca mengenai perniagaan internet dan mula mengikuti perkembangan perniagaan internet pada bulan disember 2008. Sebelum saya membina blog ini, saya banyak membaca blog perniagaan internet. Alhamdulillah berkat dari pembacaan saya mampu membina blog ini walaupun sebelum ini saya tak tahu langsung tentang berblog apa lagi kalau nak buat blog.. ehehe.. ini realiti, walaupun saya pemegang Diploma Teknologi maklumat tetapi sebelum ini saya langsung tak tahu cara nak upload files ke hosting. Masa ambil diploma tak di ajar semua benda nie. Tapi atas dasar ingin menceburi perniagaan internet inilah saya mula membuat research dan belajar dari ebook dan panduan yang berada dalam pasaran tempatan. Harapan saya ialah semoga blog ini dapat memberikan info berkaitan internet dan juga perniagaan internet kepada semua orang.
Perniagaan Internet
Apabila menyebut tentang perniagaan internet ramai yang memandang negatif kepada perkataan tersebut. Ramai orang tersilap tentang istilah perniagaan internet. Perniagaan internet sama seperti perniagaan yang dijalankan di alam nyata cuma bezanya perniagaan internet dilakukan secara online.
Anggapan buruk terhadap perniagaan internet ini adalah berikutan dari program haram yang dijalankan secara haram. Terdapat perbezaan antara perniagaan internet dan juga progam internet. Contoh perniagaan internet ialah menjual produk di internet seperti di laman web lelong.com.my. Manakala program internet adalah seperti swisscash dan juga pelaburan internet yang lain yang tidak mendapat lesen dari pihak kerajaan.
Produk yang terdapat dalam perniagaan internet ini bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1. produk maya seperti ebook, software, video dan juga audio.
2. Produk fizikal seperti baju, beg, buku dan sebagainya.
3. Perkhidmatan internet seperti membina laman web, email, dan yang berkaitan.
Walaupun begitu terdapat juga program internet yang tidak menyalahi undang-undang seperti:
1. Program reseller : pembeli membeli produk dan mendapat komisen sekiranya berjaya mendapatkan pelanggan untuk produk tersebut.
2. Program affiliate : program ini memberikan komisen kepada peserta affiliate sekiranya berjaya menjual produk.
Banyak lagi program internet yang tidak menyalahi peraturan. Cuma sesetengah program yang berbentuk skim cepat kaya yang tidak di iktiraf oleh kerajaan yang membuatkan nama perniagaan internet mendapat tempias yang tidak baik.
Oleh itu sebelum kita menyertai sesebuah program internet kita hendaklah menyelidik latar belakang program tersebut agar tidak tertipu oleh program seperti itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)