perniagaan internet

Thursday, December 10, 2009

Apa itu newbie??

Newbie?? Mungkin ramai yang beranggapan newbie didalam perniagaan internet ini ialah orang yang baru didalam perniagaan internet. Saya pun beranggapan sedemikian. Tapi x bermakna si "newbie" ini tak tahu tentang asas perniagaan internet. Seperti yang kita maklum, perniagaan internet bermula dengan pengetahuan teknikal mengenai web jualan. Ramai di luar sana hebat di dalam pembinaan website. Cuma mereka tidak terdedah kepada cara untuk memulakan perniagaan di internet. Saya sebelum ini juga begitu. Saya tidaklah hebat di dalam hal teknikal seperti pembuatan laman web dan sebagainya. Tapi saya tahu bagaimana untuk membina laman web sendiri. Setelah sedar akan kelebihan perniagaan internet barulah saya tahu bahawa perniagaan internet ini terlalu luas pasarannya dan keuntungan dari perniagaan internet ini sama seperti perniagaan yang dilakukan secara offline. Bezanya perniagaan internet boleh di lakukan tanpa memerlukan modal yang besar sekiranya kita tahu bagaimana caranya. Kepada newbie, buang perkataan newbie dari kepala anda kerana perkataan newbie itu akan mengganggu proses kita unutk memulakan perniagaan internet. Saya sekarang dalam proses menyiapkan ebook percuma kepada newbie. Ebook ini menceritakan tentang bagaimana cara yang termudah untuk menjana pendapatan melalui internet dengan mudah. Jangan lupa dapatkan ebook tersebut bila telah siap. :)